Sejarah Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia

Pada FFM 1 tiada anugerah Lakon Layar Terbaik. Tetapi pada festival berikutnya, diadakan anugerah ini (seperti anugerah Filem Terbaik). Gandingan wartawan berkaliber era kegemilangan filem Melayu, Aimi Jarr, dan Yassin Salleh menjadi pemenang pertama kategori ini.

Rekod

  • Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan U-Wei Hj Saari memegang rekod paling banyak memenangi kategori dengan 2 kemenangan.
  • Dato Hj Jamil Sulong dan Datin Hjh Rosnani Jamil menjadi pasangan suami isteri pertama memenangi kategori ini, tetapi pada majlis yang berbeza.
  • Mamat Khalid dan Afdlin Shauki memegang rekod paling banyak tercalon dalam kategori ini iaitu 4 pencalonan, dan memenangi satu daripadanya.

Berkaitan